Kembali

UT2-P2  Peratusan Perbelanjaan Penyelenggaraan Berbanding Jumlah Perbelanjaan PBT Keseluruhan

 

UT2 – P2 

Peratusan Perbelanjaan Penyelenggaraan Berbanding Jumlah Perbelanjaan PBT Keseluruhan

Definisi Penunjuk

Perbelanjaan untuk penyelenggaraan berbanding hasil keseluruhan Pihak Berkuasa Tempatan.

Penerangan / Justifikasi

Perbelanjaan untuk penyelenggaraan yang tinggi menunjukkan Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan penduduk dan seterusnya mengukuhkan peranannya sebagai pentadbir kawasan tempatan (tidak termasuk sebarang peruntukan dari mana-mana agensi luar seperti sistem Maklumat Rekod-rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS).

Sumber Data

  • Pihak Berkuasa Tempatan.

Peringkat Data

  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Butiran Data

  1. Jumlah perbelanjaan penyelenggaraan Pihak Berkuasa Tempatan pada tahun kajian.
  2. Jumlah perbelanjaan keseluruhan (belanja mengurus dan belanja pembangunan) Pihak Berkuasa Tempatan pada tahun kajian.

Formula

Piawaian

Skor

Sasaran Piawaian

 

UT2– P2 = (A÷B)×100

Di mana:

A = Jumlah perbelanjaan penyelenggaraan Pihak Berkuasa Tempatan pada tahun kajian.

B = Jumlah perbelanjaan keseluruhan (Belanja Mengurus dan Belanja Pembangunan)  Pihak Berkuasa Tempatan pada tahun kajian.

 

 

 

≥ 20%  (Amat Memuaskan)

 

10% – 19%   (Memuaskan)

 

≤ 9%  (Tidak Memuaskan)

3

 

2

 

1

 

 

≥ 20%  (Amat Memuaskan)

Borang yang digunakan

Borang A.2 (Kewangan)