Berdasarkan kepada Mesyuarat Penambahbaikan MURNInets 2.0 pada 26 November 2018 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), PLANMalaysia, beberapa perubahan terhadap penunjuk bandar telah diperkemaskan semula selaras dengan dasar sedia ada di peringkat Nasional. Penambahbaikan adalah seperti berikut iaitu:
- Menambahbaik sasaran, piawaian, skor dan formula bagi setiap penunjuk bandar untuk memperkukuhkan setiap data penunjuk yang digunakan bersesuaian dengan hierarki PBT yang melibatkan 6 dimensi, 20 tema dan 39 penunjuk;
- Perubahan daripada 43 penunjuk kepada 39 penunjuk yang melibatkan pengguguran 4 penunjuk selaras dengan dasar-dasar di peringkat Nasional;
- Menambahbaik modus operandi pelaksanaan MURNInets dengan mengukuhkan peranan POMK dan POMN secara proaktif dalam pengumpulan data dan tindakan susulan hasil daripada pencapaian kemampanan bandar;
- Menambahbaik soal selidik Indeks Kebahagiaan dan Tahap Kepuasan Penduduk Terhadap Perkhidmatan PBT supaya ianya relevan dengan keadaan semasa; dan
- Mengukuhkan kaedah dapatan data secara proaktif (pemudahcara) dengan agensi pembekal melalui POMN yang melibatkan 13 penunjuk dan 26 penunjuk yang melibatkan data daripada PBT.