Objektif MURNInets 2.0 adalah seperti berikut:
-
Menilai dan menentukan kemampanan kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara berdasarkan satu set penunjuk terpilih;
-
Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan di kawasan PBT berdasarkan penunjuk kemampanan tersebut;
-
Mencadangkan langkah penambahbaikan dan mengenal pasti peluang untuk meningkatkan tahap kemampanan sesuatu kawasan; dan
-
Memastikan MURNInets 2.0 sebagai alat pengukuran utama untuk PBT bagi memantau tahap kemampanan kawasan mereka dan sebagai panduan kepada pihak-pihak berkepentingan seperti pembuat dasar, agensi teknikal, pihak swasta dan awam serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).