Kembali

UT2-P3  Peratusan Perbelanjaan (Mengurus dan Pembangunan) Pihak Berkuasa Tempatan

 

UT2 – P3 

Peratusan Perbelanjaan (Mengurus dan Pembangunan) Pihak Berkuasa Tempatan

Definisi Penunjuk

Peratusan perbelanjaan sebenar PBT adalah merangkumi belanja mengurus dan belanja pembangunan berbanding peruntukan tahun kajian.

Penerangan / Justifikasi

Perbelanjaan mengurus ialah perbelanjaan semasa PBT bagi membiayai pengurusan dan pentadbiran PBT. Ini termasuk perbelanjaan untuk gaji (emolumen) kakitangan PBT dan penyelenggaraan. Manakala perbelanjaan pembangunan merangkumi perbelanjaan seperti pembinaan projek-projek, tanaman,  landskap dan sebagainya oleh PBT.

 

Perbelanjaan PBT akan memberi manfaat secara langsung untuk kesejahteraan rakyat dan mewujudkan kesan gandaan kepada aktiviti ekonomi. Objektif penunjuk ini adalah bagi melihat sejauh mana PBT mengurus perbelanjaan yang telah diperuntukkan dan diluluskan dengan cekap dan berkesan oleh PBT setiap tahun.

 

Pengurusan belanja mengurus yang teratur dan mencapai sasaran bajet yang telah diluluskan menunjukkan bahawa PBT tersebut sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk melalui khidmat yang diberikan sebagai pentadbir kawasan. Begitu juga, perbelanjaan pembangunan yang diperuntukkan adalah menunjukkan semua usaha dan inisiatif dibuat secara holistik dan sistematik termasuk menyediakan infrastruktur yang  komprehensif di kawasan pentadbiran PBT.

Sumber Data

  • Pihak Berkuasa Tempatan.

Peringkat Data

  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Butiran Data

  1. Jumlah perbelanjaan sebenar PBT tahun kajian.
  2. Jumlah peruntukan pada tahun kajian.

Formula

Piawaian

Skor

Sasaran Piawaian

 

UT2 – P3 = (A÷B)×100

Di mana:

A =   Jumlah perbelanjaan sebenar PBT tahun kajian.

B =   Jumlah peruntukan pada tahun kajian.

Nota:  Jumlah perbelanjaan sebenar adalah merujuk jumlah perbelanjaan keseluruhan
(Belanja Mengurus dan Belanja Pembangunan)

 

 

≥ 90 %

 

70 – 89 %

      

≤ 69 %

 

 

3

 

2

 

1

≥ 90%

Borang yang digunakan

Borang A.2 (Kewangan)