IT4-P1 Peratus Kediaman Mendapat Perkhidmatan Pembetungan
IT4 – P1 |
Peratus Kediaman Mendapat Perkhidmatan Pembetungan |
|||||
Definisi Penunjuk |
||||||
Mengukur peratusan kawasan yang mendapat perkhidmatan pembetungan dan berdaftar dengan pihak/ agensi pelaksana pembetungan dalam kawasan kajian. Perkhidmatan pembetungan meliputi:- 1. Loji Berpusat (Centralise Plant) - sistem pengumpulan dan kumbahan yang merangkumi rangkaian paip dan loji rawatan kumbahan berpusat. Sistem pembetungan berpusat digunakan untuk mengumpul dan merawat kumbahan daripada kuantiti yang tinggi yang terhasil daripada tadahan yang spesifik menurut strategi tadahan pembetungan di kawasan tersebut. 2. Loji Setempat (Multipoint Plant) - sistem pembetungan setempat merujuk kepada rawatan kumbahan dan pembuangan untuk sistem pengumpulan dan rawatan yang melibatkan komuniti yang kecil. Loji-loji ini akhirnya akan dirasionalisasikan ke loji-loji berpusat. 3. Loji Persendirian (Private Plant) - Loji persendirian adalah loji yang belum lagi diserahkan sebagai loji awam kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) atau sebelum 2008, kepada Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP).
Bagi tujuan MURNInets, data yang diperlukan adalah bilangan rumah yang mendapat perkhidmatan pembentungan (berdasarkan bil pengguna) termasuk tangki septik individu yang disediakan oleh pihak individu tetapi mendapat perkhidmatan agensi pembentungan negeri seperti kawasan perumahan yang mempunyai rumah kurang 30 unit atau population equivalent (PE) kurang 150.
PERINGATAN: Jumlah unit rumah yang mendapat perkhidmatan pembentungan TIDAK BOLEH melebihi jumlah unit kediaman di kawasan kajian. |
||||||
Penerangan / Justifikasi |
||||||
Perkhidmatan pembetungan adalah penting dalam memantau kualiti pengeluaran sisa kumbahan dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat. RMK-12 telah mensasarkan sistem sanitasi akan ditambah baik untuk mencapai liputan 98%, khususnya bagi komuniti di kawasan luar bandar dan pulau. Sistem retikulasi dan sistem alternatif yang menggunakan teknologi yang disesuaikan dengan keadaan setempat akan diguna pakai. Jawatankuasa peringkat nasional akan ditubuhkan untuk menyelaras dan menyelia keseluruhan pelaksanaan projek sanitasi bagi memastikan matlamat penyediaan perkhidmatan kepada semua dapat dicapai. |
||||||
Sumber Data |
||||||
|
||||||
Peringkat Data |
||||||
|
||||||
Butiran Data |
||||||
(Nota: data daripada agensi pembentungan).
(Nota: Data daripada PBT) |
||||||
Formula |
Piawaian |
Skor |
Sasaran Piawaian |
|||
Dewan Bandaraya/ Majlis Bandaraya |
Majlis Perbandaran/ Lembaga Kemajuan |
Majlis Daerah/ Lembaga Bandaran |
||||
IT4 – P1 = (A÷B)×100 Di mana: A = Jumlah kediaman mendapat perkhidmatan pembetungan. B = Jumlah kediaman di kawasan kajian pada tahun kajian. |
≥ 90%
70% - 89%
≤ 69% |
≥ 80%
60% - 79%
≤ 59% |
≥ 70%
50% - 69%
≤ 49% |
3
2
1 |
Bandaraya ≥ 8
Perbandaran ≥ 6
Daerah ≥ 4 |
|
Borang yang digunakan |
Borang A.29 (IT4-P1) |
|||||