IT1-P4 Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil (NRW) (Negeri)
DIMENSI 5 |
INFRASTRUKTUR DAN PENGANGKUTAN EFISIEN |
|||
Tema |
IT1 – KECEKAPAN UTILITI |
|||
IT1 – P4 |
Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil (NRW) (Negeri) |
|||
Definisi Penunjuk |
||||
Kehilangan air bermaksud kehilangan air bersih dan terawat yang dikenali sebagai Air Tidak Berhasil (Non-Revenue Water - NRW). Ia boleh didefinisikan sebagai perbezaan antara jumlah pengeluaran air yang dibekalkan ke dalam sistem agihan berbanding jumlah penggunaan sah yang dibilkan. |
||||
Penerangan / Justifikasi |
||||
Kehilangan air merupakan salah satu isu penting dalam pengurusan air negara kerana ia memberi impak terhadap kemampanan bekalan air terawat kepada pengguna. Dalam tempoh RMKe-11, NRW akan dikurangkan daripada 36.6% pada tahun 2013 (2016: 35.2%) kepada 25% menjelang tahun 2020 dengan pelaksanaan program pengurangan NRW secara holistik.
Matlamat utama bagi mencapai sasaran berkenaan adalah dengan menurunkan ’Kehilangan Fizikal’ dan ’Kehilangan Komersil’ yang merupakan dua komponen utama NRW. Kehilangan komersial merangkumi bacaan meter yang tidak tepat, penggunaan tidak sah dan kegunaan air yang tidak dibilkan. Kerugian fizikal pula seperti kebocoran atau paip pecah.
Tujuan penunjuk ini ialah untuk mengukur peratusan jumlah isi padu kehilangan air dalam sesebuah kawasan dalam tahun kajian. Pengurangan NRW membolehkan bekalan air yang sedia ada dapat menampung permintaan air yang kian meningkat dan mengelakkan pembaziran sumber. Lebih rendah kadar kehilangan air adalah lebih mampan.
Program pengurangan NRW akan diberi keutamaan dengan menyediakan bantuan kewangan kepada kerajaan negeri berdasarkan tahap NRW semasa. Infrastruktur untuk langkah pencegahan termasuk sensor untuk mengesan kebocoran paip dan peralatan bagi pengurusan tekanan air untuk mengurangkan kehilangan air akan dipasang, terutama bagi sistem pengagihan baharu. Di samping itu, agensi dan institusi awam akan digalakkan untuk melaksana pengauditan air bagi mengenal pasti jumlah kehilangan air dalam premis seperti kem tentera, universiti dan sekolah. Pengauditan ini akan membolehkan langkah bersasar diambil bagi menangani kehilangan air disebabkan oleh kebocoran dan penggunaan yang kurang cekap. Pelaksanaan program ini akan membantu mengurangkan tahap NRW kepada 25%. (Sumber: RMK-12).
Bagi tujuan pelaksanaan MURNInets, data jumlah NRW diambil kira bagi keseluruhan negeri. |
||||
Sumber Data |
||||
|
||||
Peringkat Data |
||||
|
||||
Butiran Data |
||||
|
||||
Formula |
Piawaian |
Skor |
Sasaran Piawaian |
|
IT1 – P4 = (A ÷ B) × 100 Di mana: A = Isi padu air (liter) yang hilang setahun pada tahun kajian.
B = Isi padu air (liter) yang dibekalkan dalam setahun pada tahun kajian.
|
≤ 31%
32% - 36% (Sederhana)
≥ 37%
|
3
2
1 |
Pengurangan 25% kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW) |