IT1-P2 PENGGUNAAN HARIAN ELEKTRIK PER KAPITA
DIMENSI 5 |
INFRASTRUKTUR DAN PENGANGKUTAN EFISIEN |
|||
TEMA |
KECEKAPAN UTILITI |
|||
IT1 – P2 |
Penggunaan Harian Elektrik Per Kapita (Negeri) |
|||
Definisi Penunjuk |
||||
Mengukur penggunaan elektrik harian bagi setiap penduduk di sesebuah kawasan dalam tahun kajian. |
||||
Penerangan / Justifikasi |
||||
Menurut statistik yang dilaporkan di Laporan Imbangan Tenaga Negara (National Energy Balance) 2008, Malaysia merekodkan peningkatan penggunaan tenaga asas pada kadar 6.1% setahun di antara tahun 2000 hingga 2008. Nilai ini juga menghampiri peningkatan GDP purata tahunan iaitu 6% bagi jangka masa yang sama. Peningkatan permintaan tenaga bukan sahaja berhubung kait rapat dengan GDP tetapi juga peningkatan populasi penduduk (Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER, 2011).
Kos elektrik dari penjanaan hingga ke pembahagian akan dikira sebagai tarif. Di samping memenuhi permintaan yang meningkat, pemberian tarif yang saksama hendaklah dipantau untuk memastikan perkembangan ekonomi yang berterusan. Bagi mencapai status negara maju yang berpendapatan tinggi, kegunaan tenaga per kapita semestinya akan meningkat. Pengukuran penggunaan elektrik dapat membantu dalam perancangan struktur bekalan dan pelaksanaan pembahagian tenaga elektrik yang holistik. Sehubungan dengan itu, kadar penggunaan elektrik yang rendah adalah mampan. Sumber: Olahan daripada Perjuangan – Masa Depan Industri Elektrik Negara (2011)
Bagi tujuan pelaksanaan MURNInets, data jumlah penggunaan harian elektrik per kapita diambil kira bagi keseluruhan negeri. |
||||
Sumber Data |
||||
|
||||
Peringkat Data |
||||
|
||||
Butiran Data |
||||
Nota: Data (B) – Dijana secara automatik dalam Gerbang MURNInets. |
||||
Formula |
Piawaian |
Skor |
Sasaran Piawaian |
|
IT1 – P2 = (A ÷ B) ÷ 365 Di mana: A = Jumlah (kWj) penggunaan elektrik domestik pada tahun kajian.
365 = Jumlah hari dalam setahun. |
≤ 6 kWj/ hari/ orang (Rendah)
7 – 14 kWj/ hari/ orang (Sederhana)
≥ 15 kWj/ hari/ orang (Tinggi) |
3
2
1 |
≤ 6 kWj/ hari/ orang |
|