IT1-P1 ISIPADU PENGGUNAAN AIR DOMESTIK HARIAN PER KAPITA (NEGERI)
DIMENSI 5 |
INFRASTRUKTUR DAN PENGANGKUTAN EFISIEN |
|||
TEMA |
KECEKAPAN UTILITI |
|||
IT1 – P1 |
Isipadu Penggunaan Air Domestik Harian Per Kapita (Negeri) |
|||
Definisi Penunjuk |
||||
Isi padu penggunaan air domestik dimaksudkan bagi kegunaan aktiviti harian seperti minum, memasak, mandi, mencuci, sanitasi serta lain-lain oleh seorang penduduk sehari. |
||||
Penerangan / Justifikasi |
||||
Penggunaan air domestik adalah penggunaan air oleh isi rumah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti harian di dalam dan di luar rumah seperti flush tandas, membasuh pinggan mangkuk, memasak, mencuci pakaian, mandi, menyiram tanaman, dan lain-lain. Manakala air bukan domestik pula merujuk kepada air yang digunakan untuk tujuan komersil, perindustrian, penggunaan awam, pertanian, dan penternakan. Kadar penggunaan air yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi setiap individu adalah 165 liter setiap hari. Namun kadar penggunaan air di Malaysia pada tahun 2015 adalah sebanyak 209 liter sehari telah meningkat sebanyak 220 liter air sehari pada tahun 2018. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (agensi di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air) telah mensasarkan penggunaan 180 liter setiap hari bagi setiap penduduk pada tahun 2020. Penggunaan air domestik harian secara berhemah oleh setiap penduduk adalah sangat penting untuk menjamin kemampanan bekalan sumber air yang berterusan pada masa akan datang. Penggunaan jumlah isi padu air yang rendah adalah mampan. |
||||
Sumber Data |
||||
|
||||
Peringkat Data |
||||
|
||||
Butiran Data |
||||
|
||||
Formula |
Piawaian |
Skor |
Sasaran Piawaian |
|
IT1 – P1 = (A÷B)÷365
365 = Jumlah hari dalam setahun |
≤ 180 liter/ hari/ orang
181 – 200 liter/ hari/ orang
≥ 201 liter/ hari/ orang
|
3
2
1 |
≤ 180 liter/ hari/ orang |
|