Kembali

IT2-P4  Peningkatan Bilangan Pusat Pengitaran Semula

 

IT2 – P4 

Peningkatan Bilangan Pusat Pengitaran Semula

Definisi Penunjuk

Pusat pengitaran semula bermaksud suatu tempat di mana orang awam boleh sama ada meletakkan atau menjual sisa pepejal yang boleh dikitar semula (Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, Akta 672).

 

"Sisa pepejal yang boleh dikitar semula" ertinya sisa pepejal terkawal yang sesuai untuk dikitar semula sebagaimana yang ditetapkan – (Akta 672).

 

"Sisa yang boleh dikitar semula" ertinya apa-apa sisa pepejal isi rumah yang diasingkan untuk dikitar semula, dan termasuk kertas, kadbod, kaca, plastik, logam dan sisa makanan; - Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Skim bagi Sisa Pepejal Isi Rumah dan Sisa Pepejal Yang Serupa Dengan Sisa Pepejal Isi Rumah) 2011.

 

Pusat pengitaran semula yang diambil kira dalam pengiraan penunjuk ini adalah seperti berikut :

Bil.

Jenis Pusat
Pengitaran Semula

Perincian

a.

Drop-Off

Sangkar/ tong kitar semula/ smart bin yang disediakan oleh PBT atau syarikat konsesi.

b.

Buy back center

Pusat kitar semula yang dibina oleh PBT dan dikendalikan oleh PBT atau syarikat konsesi atau NGO.

c.

Community Recycle Center

Tong kitar semula yang disediakan oleh NGO seperti Kloth, Buddha Tzu Chi dan sebagainya.

d.

Pusat pengumpulan E-Waste

Pusat kitar semula atau tong kitar semula yang disediakan oleh Jabatan Alam Sekitar atau PBT.

 

Penerangan / Justifikasi

 

Selaras dengan aspirasi negara untuk menjadikan Malaysia sebagai negara bersih, pembangunan ekonomi negara perlu seiring dengan kelestarian alam sekitar. Transformasi daripada ekonomi linear kepada ekonomi kitaran (circular economy) yang berteraskan kepada prinsip mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula perlu diperluas kepada semua sektor industri ke arah meminimumkan penjanaan sisa pepejal di sumber dan memaksimumkan penggunaan sumber, seterusnya mengurangkan pelepasan karbon dioksida kepada alam sekitar. Justeru itu, keperluan penyediaan pusat kitar semula yang mesra pengguna dan berhampiran kawasan mereka merupakan salah satu aspek penting bagi menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat setempat.

 

Dasar Kebersihan Negara (2020-2030) telah menggariskan keperluan perkara ini di bawah Strategi 3.1, Kluster 3 (Ekonomi Kitaran) iaitu menggalakkan amalan 3R dan pengasingan sisa dan diperincikan di bawah pelan tindakan strategi berkenaan iaitu :

3.1.1   Menyediakan tempat pengumpulan barangan kitar semula dan sisa makanan di kawasan perumahan, perindustrian, komersial dan institusi; dan

3.1.2.  Menggalakkan kemudahan kitar semula dibina berdekatan kawasan perumahan, perindustrian, komersial dan institusi.

Di bawah Dasar Kebersihan Negara ini, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan telah menetapkan sasaran peningkatan kemudahan pengurusan sisa kitar semula sebanyak 2% pada setiap tahun.

 

Salah satu inisiatif memperkukuhkan pengurusan sisa di bawah RMKe-12 telah menetapkan fasiliti untuk pengumpulan, pengasingan dan kitar semula akan ditambah terutama di kawasan perumahan, institusi dan komersial.

 

Bagi tujuan pelaksanaan program MURNInets, pengukuran kemampanan adalah berdasarkan peningkatan bilangan pusat pengitaran semula pada setiap tahun.

 

Sumber Data

  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)

Peringkat Data

  • Pihak Berkuasa Tempatan

Butiran Data

  1. Jumlah pusat pengitaran semula di kawasan kajian pada tahun kajian.
  2. Jumlah pusat pengitaran semula di kawasan kajian pada tahun sebelum kajian.

Formula

Piawaian

Skor

Sasaran Piawaian

IT2 – P4 =  (A - B) = pertambahan pusat pengitaran semula

Di mana:

A = Jumlah pusat pengitaran semula di kawasan kajian pada tahun kajian.

B = Jumlah pusat pengitaran semula di kawasan kajian pada tahun sebelum tahun kajian.

 

 

˃ 3

 

1-2

 

< 0

 

 

3

 

2

 

1

 

Pertambahan pusat pengitaran semula melebihi 3 pusat pengitaran semula