Kembali

IT2-P3  Lokasi Kawasan Pembuangan Haram

 

TEMA

IT2

PENGURUSAN SISA PEPEJAL

IT2-P3

Lokasi Kawasan Pembuangan Haram

Definisi Penunjuk

Lokasi kawasan pembuangan haram merujuk kepada pembuangan sisa pepejal di tempat yang tidak dibenarkan.

Penerangan / Justifikasi

Sisa pepejal telah diklasifikasikan kepada 8 jenis iaitu sisa pepejal komersial, pembinaan, isi rumah, perindustrian, keinstitusian, import, awam dan sisa pepejal khas. Lokasi pembuangan sisa pepejal merupakan suatu kawasan yang telah diluluskan dan digazetkan sebagai tapak pembuangan dan pengurusan sisa pepejal yang diuruskan oleh agensi yang berkaitan. Walau bagaimanapun, terdapat kawasan pembuangan haram di tempat yang tidak dibenarkan akan memberi kesan pencemaran terhadap alam sekitar. Bilangan dan lokasi kawasan pembuangan haram adalah berdasarkan data asas tahun 2023 sepertimana yang ditetapkan di bawah RMK 12 (2021 - 2025).

 

Bagi PBT yang tidak mempunyai lokasi pembuangan sampah haram, skor maksimum akan diberikan.

Sumber Data

  • Pihak Berkuasa Tempatan (Bagi negeri yang tidak menggunapakai Akta 672)
  • SW Corp (Bagi negeri yang menggunapakai Akta 672)

Peringkat Data

  • Pihak Berkuasa Tempatan

Butiran Data

Pembasmian lokasi pembuangan sampah haram setahun berdasarkan bilangan dan lokasi sampah haram tahun 2023 di peringkat PBT:

  1. Bilangan lokasi kawasan pembuangan sampah haram yang ditutup pada tahun kajian.
  2. Bilangan lokasi kawasan pembuangan sampah haram pada tahun asas (2023).

Formula

Piawaian

Skor

Sasaran Piawaian

 

IT2 – P3 = (A ÷ B) x 100

 

Di mana:

A =  Bilangan lokasi kawasan pembuangan sampah haram yang ditutup pada tahun kajian.

B =  Bilangan lokasi kawasan pembuangan sampah haram pada tahun asas (2023).

 

Penutupan ≥ 10% lokasi pembuangan sampah haram

 

Penutupan 6% - 9% lokasi pembuangan sampah haram

 

Penutupan ≤ 5% lokasi pembuangan sampah haram

 

3

 

 

2

 

 

1

 

10% lokasi pembuangan sampah haram yang ditutup

Borang yang digunakan:

Borang 5 (IT2-P3)

SDG 3

 KESIHATAN YANG BAIK DAN SEJAHTERA

Sasaran SDG

Memastikan Kehidupan Yang Sihat Dan Menggalakkan Kesejahteraan Pada Semua Peringkat Umur

Sasaran 3.9

Menjelang 2030, mengurangkan sejumlah besar kematian dan penyakit akibat bahan kimia berbahaya serta pencemaran dan kontaminasi udara, air dan tanah.