Kembali

GT4-P1  Pengekalan Hutan Simpan Kekal Negeri

 

GT4 – P1 

Pengekalan Kawasan Hutan Simpan Kekal Negeri

Definisi Penunjuk

Takrifan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dalam Seksyen 2 Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 adalah “mana-mana tanah yang dijadikan atau disifatkan telah dijadikan suatu hutan simpanan kekal di bawah Akta ini”.

Penerangan / Justifikasi

Pengekalan kawasan hutan simpan kekal adalah penting bagi mengelakkan hutan simpan kekal ditukar kegunaannya kepada guna tanah lain yang akan mengurangkan keluasan hutan tersebut. Hutan simpan kekal mempunyai nilai warisan yang sangat tinggi dengan kepelbagaian flora dan fauna.

 

Kawasan hutan simpan kekal berfungsi sebagai kawasan tadahan air, menstabilkan oksigen di permukaan bumi, menyeimbangkan ekosistem dan sebagai penampan hakisan. Justeru itu, pengekalan kawasan hutan simpan kekal adalah sangat penting untuk dipelihara agar kesemua manfaat yang di kecapi kini dapat juga digunakan oleh generasi akan  datang. Pengekalan atau penambahan kawasan hutan simpan kekal menunjukkan kemampanan bagi penunjuk ini.

 

Bagi tujuan pelaksanaan MURNInets, data jumlah hutan simpan kekal diambil kira bagi keseluruhan negeri.

Sumber Data

  • Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia    
  • Jabatan Perhutanan Negeri

Peringkat Data

  • Negeri

Butiran Data

  1. Keluasan (hektar) Hutan Simpan Kekal Negeri yang diwartakan pada tahun kajian.
  2. Keluasan (hektar) Hutan Simpan Kekal Negeri yang diwartakan pada tahun sebelum kajian.

Nota: Data (B) – Dijana secara automatik dalam Gerbang MURNInets.

Formula

Piawaian

Skor

Sasaran Piawaian

GT4-P1 = (A÷B)×100

Di mana:

A   = Keluasan (hektar) Hutan Simpan Kekal Negeri yang diwartakan pada tahun kajian.

B  = Keluasan (hektar) Hutan Simpan Kekal Negeri yang diwartakan pada tahun sebelum kajian.

 

 

≥ 100%

 

95- 99%

 

 ≤ 94%

 

 

3

 

2

 

1

 

 

≥ 100% hutan simpan kekal yang diwartakan dikekalkan