Kembali

GT5-P1  Program Pengeluaran Makanan Tempatan

 

TEMA

GT5

JAMINAN BEKALAN MAKANAN

GT5-P1

Program Pengeluaran Makanan Tempatan

Definisi

Ketersediaan Program Pengeluaran Makanan Tempatan dalam dokumen pembangunan tempatan. Perancangan bagi penentuan sumber makanan negara bertujuan memastikan kestabilan bekalan makanan secara tetap dan berterusan sepanjang tahun ke arah peningkatan kawasan sumber makanan negara menjelang 2040.

Penerangan / Justifikasi

PBT boleh membantu dalam menyediakan pelan program pengeluaran makanan tempatan dalam rancangan tempatan atau menyediakan pelan khusus untuk program pengeluaran makanan tempatan ini dengan mengkaji kawasan-kawasan pertanian terbiar dan baharu yang berpotensi sebagai kawasan sumber makanan negara termasuk aktiviti urban farming. Melalui Program Pengeluaran Makanan Tempatan, ia dapat meningkatkan produktiviti serta mengeluarkan produk berkualiti dan selamat dimakan.

Sumber Data

  • Pihak Berkuasa Tempatan

Peringkat Data

  • Pihak Berkuasa Tempatan

Butiran Data

Penyataan berkaitan Program Pengeluaran Makanan Tempatan dalam dokumen pembangunan tempatan.

  1. Pelan Tindakan Khusus Program Pengeluaran Makanan Tempatan

Formula

Piawaian

Skor

Sasaran Piawaian

 

GT5 – P1 = Penyataan berkaitan Program Pengeluaran Makanan Tempatan dalam dokumen pembangunan tempatan.

 

Di mana:

A =    Program Pengeluaran Makanan Tempatan

 

Program Pengeluaran Makanan Tempatan (dilengkapi dengan pengenalpastian kawasan pengeluaran / jenis makanan tempatan dan strategi pelaksanaan).

 

Dasar dan penyataan umum (dilengkapi dengan pengenalpastian kawasan pengeluaran/ jenis makanan tempatan dan strategi pelaksanaan) di dalam RS/ RT/ RKK.

 

Tiada program pengeluaran makanan tempatan/ dasar dan penyataan umum berkaitan Program Pengeluaran Makanan Tempatan di dalam RS / RT / RKK.

 

3

 

 

 

 

2

 

 

 

 

1

 

Penyediaan pelan tindakan khusus bagi Program Pengeluaran Makanan Tempatan

Borang yang digunakan:

Borang 2 (GT5-P1)

SDG 2

 SIFAR KEBULURAN

Sasaran SDG

Menghentikan Masalah Kelaparan, Mencapai Sasaran Jaminan Makanan Dan Pemakanan Yang Lebih Baik Serta Menggalakkan Pertanian Lestari.

Sasaran 2.4

Menjelang 2030, memastikan sistem pengeluaran makanan yang mampan serta melaksanakan amalan pertanian berdaya tahan bagi meningkatkan produktiviti dan pengeluaran serta membantu mengekalkan ekosistem yang mengukuhkan keupayaan untuk membuat penyesuaian dengan perubahan iklim, cuaca melampau, kemarau, banjir dan bencana lain, serta meningkatkan kualiti tanah-tanih secara progresif.