GT2-P4 Strategi Ke Arah Hubungan Bandar-Luar Bandar Dalam Pelan Pembangunan Sedia Ada
|
TEMA |
GT2 |
PEMBANGUNAN PERBANDARAN |
||||
|
GT2-P4 |
Strategi Ke Arah Hubungan Bandar-Luar Bandar Dalam Pelan Pembangunan Sedia Ada |
|||||
|
Definisi |
||||||
|
Hubungan bandar dan luar bandar merupakan antara komponen di dalam pembangunan wilayah. Pembangunan wilayah adalah satu bentuk pembangunan secara terancang melibatkan kawasan yang luas (wilayah) sama ada berasaskan ekonomi bandar atau pertanian. Pembangunan wilayah bertujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi yang nyata yang ada antara negeri-negeri. |
||||||
|
Penerangan / Justifikasi |
||||||
|
Objektif utama pembangunan wilayah adalah untuk memastikan perancangan yang cekap dan berkesan dari segi penggunaan optimum sumber-sumber di peringkat wilayah, negeri dan antara negeri, bandar dan luar bandar.
Pembangunan wilayah yang seimbang. adalah penting untuk merapatkan lagi perhubungan antara negeri dengan cara mengurangkan jurang perbezaan ekonomi dan struktur antara wilayah.
Perancangan ini mementingkan masalah ketidakseimbangan antara wilayah, khasnya daripada segi ekonomi, pendapatan, aliran modal, aliran pekerjaan serta mewujudkan pertumbuhan dimensi reruang, iaitu masalah tertentu hanya wujud di kawasan tertentu sahaja yang boleh membantu menyelesaikan masalah ketidakseimbangan khususnya semasa menetapkan sempadan yang menentukan keutamaan pembangunan.
Pertumbuhan wilayah akan pesat membangun menerusi empat strategi pembangunan wilayah iaitu Strategi Pembangunan Tanah Dan Sumber Asli, Strategi Pembangunan In Situ Luar Bandar, Strategi Penyebaran Industri, Strategi Pelaksanaan Program Urbanisasi Kawasan Luar Bandar Dan Pembentukan Pusat Pertumbuhan Yang Baru.
Antara rancangan/pelan pemajuan, aktiviti serta program yang berkaitan dengan pembangunan wilayah adalah seperti berikut:
Oleh yang demikian, adalah penting untuk mempunyai rangka polisi yang diterjemahkan dengan jelas ke dalam rancangan pemajuan di peringkat negeri dan tempatan bagi memastikan pembangunan wilayah, dilaksanakan sejajar dengan hasrat dan visi dari peringkat persekutuan. |
||||||
|
Sumber Data |
||||||
|
||||||
|
Peringkat Data |
||||||
|
||||||
|
Butiran Data |
||||||
|
Pencapaian dinilai berdasarkan analisis kandungan pelan pemajuan di peringkat negeri dan tempatan
|
||||||
|
Formula |
Piawaian |
Skor |
Sasaran Piawaian |
|||
|
GT2 – P4 = Pencapaian dinilai berdasarkan analisis kandungan pelan pemajuan di peringkat negeri dan tempatan
Di mana: A = Penterjemahan/ pengintegrasian strategi urban-rural linkages ke dalam rancangan pemajuan di peringkat negeri dan tempatan
|
Mempunyai kesemua elemen berikut berkaitan urban-rural linkages di dalam RS/ RT/ RKK di kawasan masing-masing:
Mempunyai hanya dua (2) elemen berikut berkaitan urban- rural linkages di dalam RS/ RT/ RKK di kawasan masing-masing:
Tidak mempunyai penerangan penyataan dasar/ penyataan am/ ringkas berkaitan urban-rural linkages tanpa keterangan jelas mengenai inisiatif serta aktiviti di dalam RS/ RT/ RKK. |
3
2
1 |
Mempunyai elemen penerangan penyataan dasar, inisiatif, dan pelaksanaan projek yang jelas berkaitan urban - rural linkages di dalam RS / RT / RKK di kawasan masing-masing. |
|||
|
Borang yang digunakan: |
Borang 17 (GT2 – P4) |
|||||
|
SDG 11 |
BANDAR DAN KOMUNITI MAMPAN |
|||||
|
Sasaran SDG |
MENJADIKAN BANDAR DAN PENEMPATAN MANUSIA SEBAGAI MENYELURUH, SELAMAT, BERDAYA TAHAN DAN MAMPAN |
|||||
|
Sasaran 11.a |
Menyokong hubungan ekonomi, sosial dan alam sekitar yang positif antara bandar, persisian bandar dan kawasan luar bandar dengan memperkukuh perancangan pembangunan kebangsaan dan serantau. |
|||||
