GT2-P1 Kadar Perbandaran
|
GT2 – P1 |
Kadar Perbandaran |
|||||
|
Definisi Penunjuk |
||||||
|
Kadar perbandaran adalah merujuk kepada peratus penduduk yang tinggal di dalam sesuatu kawasan perbandaran atau kawasan yang telah ditetapkan sebagai kawasan bandar. Peratus penduduk bandar boleh meliputi sama ada hanya melibatkan sebuah bandar atau gabungan beberapa buah bandar.
Bandar didefinisikan sebagai Kawasan yang diwartakan serta kawasan tepu bina yang bersempadan dengannya dan gabungan kedua-dua kawasan ini mempunyai penduduk 10,000 orang atau lebih; atau *kawasan pembangunan khusus; atau pusat pentadbiran daerah walaupun penduduk kurang daripada 10,000 orang dan sekurang-kurangnya 60% penduduknya berumur 15 tahun dan ke atas terlibat dalam aktiviti bukan pertanian.
*Kawasan pembangunan khusus: Kawasan pembangunan yang tidak diwartakan dan boleh dikenal pasti serta terpisah dari mana-mana kawasan yang diwartakan atau kawasan tepu bina melebihi 5km. Kawasan berkenaan mempunyai penduduk sekurang-kurangnya 10,000 orang dengan 60% daripada penduduknya berumur 15 tahun dan ke atas terlibat dalam aktiviti bukan pertanian. (Sumber: Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN2)
Bagi tujuan MURNInets, data yang diperlukan adalah bilangan penduduk yang tinggal di dalam kawasan bandar yang telah dikenalpasti dalam DPN2 dan juga bilangan penduduk yang mendapat perkhidmatan PBT (melalui data cukai pintu). |
||||||
|
Penerangan / Justifikasi |
||||||
|
Objektif penunjuk ini adalah untuk menunjukkan tahap tumpuan penduduk di dalam kawasan bandar bagi tujuan penyediaan kemudahan awam dan infrastruktur untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Sekiranya kadar perbandaran tinggi atau jika ramai penduduk yang tinggal di kawasan bandar, maka kualiti kemudahan dan infrastruktur yang dinikmati adalah lebih baik berbanding dengan kawasan luar bandar. |
||||||
|
Sumber Data |
||||||
|
||||||
|
Peringkat Data |
||||||
|
||||||
|
Butiran Data |
||||||
|
||||||
|
Formula |
Piawaian |
Skor |
Sasaran Piawaian |
|||
|
GT2 – P1 = (A÷B)×100 Di mana: A = Jumlah penduduk bandar pada tahun kajian. B = Jumlah penduduk pada tahun kajian. |
Dewan Bandaraya / |
Majlis Perbandaran / |
Majlis Daerah / |
3
2
1 |
Kadar perbandaran mengikut kategori PBT:
Bandaraya ≥ 80 %
Perbandaran ≥ 70 %
Daerah ≥ 60 % |
|
|
≥ 80 %
60% - 79%
≤ 59% |
≥ 70 %
50% - 69%
≤ 49% |
≥ 60 %
40% - 59%
≤ 39% |
||||
