GT4-P2 Program/Aktiviti/Inisiatif Pembangunan Pelancongan
|
GT4 – P2 |
Program/Aktiviti/Inisiatif Pembangunan Pelancongan |
|||
|
Definisi Penunjuk |
||||
|
Program/aktiviti/inisiatif pembangunan pelancongan dijelaskan sebagai semua program atau sebarang aktiviti/inisiatif atau usaha-usaha yang dijalankan bagi maksud memajukan dan membangunkan sektor pelancongan termasuk pelancongan pendidikan, kesihatan, membeli-belah, rekreasi, warisan, kebudayaan, alam semula jadi dan sebagainya. Pelaksanaan program/aktiviti/inisiatif ini boleh dijalankan oleh PBT sendiri atau secara kolaborasi bersama pihak-pihak lain seperti Kementerian, swasta, NGO, agensi pelancongan, individu dan pihak lain yang berkepentingan. |
||||
|
Penerangan / Justifikasi |
||||
|
Industri pelancongan diiktiraf di peringkat global sebagai salah satu sektor yang penting dalam menjana sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Di Malaysia, kurniaan anugerah alam, kepelbagaian budaya, suasana politik, ekonomi dan sosial yang stabil serta keamanan dan keselamatan telah merangsang perkembangan industri pelancongan. Kerajaan melaksanakan pelbagai dasar untuk memastikan industri ini terus menjadi peneraju kepada sektor perkhidmatan di negara ini.
Menyedari kepentingan dan impak industri ini kepada ekonomi, kerajaan telah memberi penekanan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga, 2000-2010 (RRJP3), Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 (RMKe-9) dan Pelan Induk Perindustrian Ketiga, 2006-2020 (PIP3). Industri pelancongan menjadi sektor kelima terbesar yang menyumbang kepada ekonomi negara dengan menjana pendapatan negara kasar (PNK) sebanyak RM36.9 bilion dengan jumlah ketibaan pelancong sebanyak 24 juta orang pada tahun 2009. Dijangkakan menjelang tahun 2020, industri ini akan terus berkembang dan akan menyumbang RM103.6 bilion kepada PNK dan bilangan pelancong akan meningkat kepada 36 juta orang. (PEMANDU, 2010). Malaysia menerima ketibaan pelancong asing seramai 24.5 juta orang pada tahun 2010 iaitu mengalami pertumbuhan sebanyak 3.9 peratus berbanding pada tahun 2009.
Bagi maksud itu, penunjuk ini sangat penting bagi memastikan di peringkat tempatan dan negeri dapat membantu dalam menggalakkan pertumbuhan pelancongan secara mampan dan melonjakkan ekonomi setempat dan negara. PBT bersama pihak-pihak berkepentingan dapat menggembleng tenaga bagi memastikan kelangsungan pembangunan pelancongan.
Bagi tujuan penilaian MURNInets, data yang diperlukan adalah bilangan program/ aktiviti/ inisiatif pembangunan pelancongan seperti festival jualan murah, kempen melawat kawasan, pesta makanan, kempen atas talian di media sosial (Facebook, Twitter, Youtube, Instagram, TikTok dan sebagainya), pesta keramaian, pesta sukan rakyat dan lain-lain yang dianjurkan oleh PBT bersama Kementerian, swasta, NGO, agensi pelancongan, individu dan pihak lain yang berkepentingan. |
||||
|
Sumber Data |
||||
|
||||
|
Peringkat Data |
||||
|
||||
|
Butiran Data |
||||
|
||||
|
Formula |
Piawaian |
Skor |
Sasaran Piawaian |
|
|
GT4-P2 = A Di mana: A = Bilangan Program/ Aktiviti/ Inisiatif Pembangunan Pelancongan |
|
|
|
|
