Kembali

KT3-P4  Peratus Tandas Awam Yang Mendapat Penarafan Bersih, Menawan dan Wangi (BMW)

 

KT3 – P4 

 Peratus Tandas Awam Yang Mendapat Penarafan Bersih, Menawan dan Wangi (BMW)

Definisi Penunjuk

Bilangan tandas awam dikategorikan Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) berbanding tandas awam yang dinilai dinilai pada tahun kajian. 

Penerangan / Justifikasi

Tandas  awam  yang  bersih,  menawan  dan  wangi  bukan  sahaja menjamin keselesaan pengguna semata-mata namun ia juga dapat mengelakkan jangkitan penyakit serta memberi imej yang baik bagi sesebuah bandar khususnya di kalangan pelancong. Penunjuk  ini  juga  merupakan  pengukur  bagi  menentukan  tahap pelaksanaan dan usaha yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa berkenaan  untuk  menyediakan  perkhidmatan  tandas  awam  yang bersih, selesa  dan selamat  kepada pengguna.  Selain itu ia juga sebagai pengukur usaha yang telah dilakukan bagi mendidik dan membina kesedaran penggunaan tandas awam.

Bagi tujuan MURNInets, data yang diperlukan adalah data bilangan tandas  awam  di  bawah  seliaan PBT  yang  dinilai pada  tahun kajian SAHAJA.

Sumber Data

  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Peringkat Data

  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Butiran Data

  1. Bilangan tandas awam mendapat penarafan Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) pada tahun kajian.
  2. Bilangan tandas awam yang dinilai (di bawah seliaan PBT) pada tahun kajian.

 

Formula

Piawaian

Skor

Sasaran Piawaian

KT3 – P4 =  (A÷B)×100

Di mana:

A = Bilangan tandas awam mendapat penarafan Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) pada tahun kajian.

B = Bilangan tandas awam yang dinilai (di bawah seliaan PBT) pada tahun kajian..

Dewan / Majlis Bandaraya

Majlis Perbandaran

Majlis Daerah

 

 

 

3

 

2

 

1

 

Bandaraya ≥ 91 %

 

Perbandaran ≥ 71 %

 

Daerah ≥ 51 %

 

≥ 91 %

 

71% - 90%

 

≤ 70%

 

≥ 71 %

 

61% - 70%

 

≤ 60%

 

≥ 51 %

 

41% - 50%

 

≤ 40%