Kembali

KT3-P7  Kemudahan Pendidikan Untuk Golongan Keperluan Khas Di Peringkat Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah Dan Pendidikan Menengah

 

TEMA

KT3

KUALITI KEHIDUPAN

KT3-P7

Kemudahan Pendidikan Untuk Golongan Keperluan Khas Di Peringkat Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah Dan Pendidikan Menengah

Definisi

Kemudahan pendidikan golongan keperluan khas di 3 pilihan persekolahan, iaitu sekolah pendidikan khas atau di sekolah arus perdana yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau Program Pendidikan Inklusif (PPI) pada peringkat pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah.

Penerangan / Justifikasi

Murid berkeperluan khas ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan atau ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau swasta sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan.

 

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) ditubuhkan dan ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang mempunyai kelas untuk murid berkeperluan khas dan murid-murid istimewa.

 

Program Pendidikan Inklusif (PPI) ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

Sumber Data

Kementerian Pendidikan Malaysia

Peringkat Data

Pihak Berkuasa Tempatan

Butiran Data

Kemudahan pendidikan prasekolah, pendidikan rendah dan pendidikan menengah yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau Program Pendidikan Inklusif (PPI).

  1. Sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI)

Formula

Piawaian

Skor

Sasaran Piawaian

 

KT3 – P7 = Kemudahan pendidikan prasekolah, pendidikan rendah dan pendidikan menengah yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau Program Pendidikan Inklusif (PPI).

Di mana:

A =  Sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI)

 

Ada PPKI  (rendah DAN menengah) DAN,

PPI (rendah DAN menengah)             

 

Ada PPKI (rendah ATAU menengah) DAN,

PPI (rendah ATAU menengah)

 

Ada PPKI (rendah ATAU menengah) ATAU,

PPI (rendah ATAU menengah)                                                                                                                                


3

 


2

 


1

 

Kemudahan pendidikan yang mempunyai PPKI dan PPI bagi murid berkeperluan khas di sekolah rendah dan menengah

SDG 4

PENDIDIKAN BERKUALITI

Sasaran SDG

MEMASTIKAN PENDIDIKAN BERKUALITI SECARA MENYELURUH DAN SAKSAMA SERTA MENGGALAKKAN PELUANG PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT UNTUK SEMUA

Sasaran 4.5

Menjelang 2030, menghapuskan jurang perbezaan gender dalam pendidikan serta memastikan akses sama rata bagi semua peringkat pendidikan dan latihan vokasional untuk kumpulan berisiko, termasuk orang kurang upaya, orang asli, dan kanak-kanak berisiko.