Kembali

KT2-P7  Bilangan Kemudahan Pendidikan Teknikal, Vokasional dan Pengajian Tinggi (Universiti Awam dan Swasta)

 

TEMA

KT2

KEMUDAHAN MASYARAKAT DAN REKREASI

KT2-P7

Bilangan Kemudahan Pendidikan Teknikal, Vokasional dan Pengajian Tinggi (Universiti Awam dan Swasta)

Definisi

Bilangan kemudahan pendidikan teknikal, vokasional dan pengajian tinggi (universiti awam dan swasta) yang disediakan di setiap negeri.

Penerangan / Justifikasi

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu. Skop TVET perlu berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri.

 

Universiti Awam merupakan sistem pengajian tinggi yang dibentuk untuk membina reputasi dengan keupayaan yang dinamik, berdaya saing selain mampu meramalkan cabaran masa hadapan seiring dengan perkembangan global.

 

Kelayakan pendidikan yang tinggi bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan profesional, serta paras produktiviti yang tinggi adalah ciri utama modal insan dan tenaga kerja negara berpendapatan tinggi.

Sumber Data

  • Kementerian Pendidikan Tinggi

Peringkat Data

  • Negeri

Butiran Data

Bilangan kemudahan pendidikan teknikal, vokasional dan pengajian tinggi (universiti awam dan swasta) yang disediakan di setiap negeri.

  1. Bilangan kemudahan pendidikan teknikal, vokasional dan pengajian tinggi (universiti awam dan swasta) di setiap negeri

Formula

Piawaian

Skor

Sasaran Piawaian

 

KT2 – P7 = Bilangan kemudahan pendidikan teknikal, vokasional dan pengajian tinggi (universiti awam dan swasta) yang disediakan di setiap negeri.

 

Di mana:

A = Bilangan kemudahan pendidikan teknikal, vokasional dan pengajian tinggi di setiap negeri termasuk universiti awam di setiap negeri

 

Ada kemudahan pendidikan teknikal, vokasional dan pengajian tinggi dan LEBIH dari satu (1) universiti (awam dan swasta) di peringkat negeri

 

Ada kemudahan pendidikan teknikal, vokasional dan pengajian tinggi dan sekurang-kurangnya 1 universiti (awam dan swasta) di peringkat negeri

 

Ada kemudahan pendidikan teknikal, vokasional dan pengajian tinggi tetapi TIADA universiti (awam dan swasta) di peringkat negeri.

 

3

 

 

 

2

 

 

 

 

1

 

Penyediaan kemudahan pendidikan teknikal, vokasional dan pengajian tinggi dan lebih dari satu (1) universiti di setiap negeri

SDG 4

PENDIDIKAN BERKUALITI

Sasaran SDG

MEMASTIKAN PENDIDIKAN BERKUALITI SECARA MENYELURUH DAN SAKSAMA SERTA MENGGALAKKAN PELUANG PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT UNTUK SEMUA

Sasaran 4.3

Menjelang 2030, memastikan akses sama rata bagi semua golongan lelaki dan wanita kepada pendidikan teknikal, vokasional dan pengajian tinggi, termasuk universiti, yang berkualiti dan mampu biaya.