Kembali

KT2-P5 Nisbah Sekolah Menegah Kepada Penduduk

 

TEMA

KT2

KEMUDAHAN MASYARAKAT DAN REKREASI

KT2-P5

Nisbah Sekolah MenengahKepada Penduduk

Definisi

Bilangan kemudahan sekolah menengah sedia ada dan telah beroperasi yang telah memberikan perkhidmatan pendidikan di peringkat sekolah menengah.

Penerangan / Justifikasi

Tahap Penyediaan kemudahan pendidikan merupakan salah satu indikator tahap pembangunan mampan negara ke arah pembentukan komuniti sejahtera. Perancangan kemudahan pendidikan (dari segi lokasi, bilangan dan saiz) adalah berdasarkan kepada bilangan penduduk (threshold population) di sesuatu kawasan. Ini adalah penting bagi memastikan keberkesanan dalam penyampaian perkhidmatan pendidikan yang cepat dan berkualiti. PLANMalaysia telah menyediakan Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat yang merangkumi kemudahan pendidikan. Berdasarkan GPP Kemudahan Masyarakat, perancangan kemudahan pendidikan bagi sekolah menengah adalah berdasarkan kepada jumlah penduduk iaitu 1:2,500 penduduk bagi memudahkan pengiraan dibuat.

Sumber Data

  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Peringkat Data

  • Pihak Berkuasa Tempatan

Butiran Data

Bilangan sekolah menengah : Bilangan penduduk PBT

  1. Bilangan penduduk PBT
  2. Bilangan sekolah menengah

Formula

Piawaian

Skor

Sasaran Piawaian

KT2 – P5 = A ÷ B

Di mana:

A = Bilangan penduduk PBT

B = Bilangan sekolah menengah

Keperluan Sekolah Menengah

1: ≤ 8,750

 

1: 8,751 hingga 12,500

 

1: ≥ 12,501

 

3

 

2

 

1

 

Satu (1) sekolah menengah bagi 8,750 penduduk

SDG 4

PENDIDIKAN BERKUALITI

Sasaran SDG

MEMASTIKAN PENDIDIKAN BERKUALITI SECARA MENYELURUH DAN SAKSAMA SERTA MENGGALAKKAN PELUANG PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT UNTUK SEMUA

Sasaran 4.1

Menjelang 2030, memastikan semua kanak-kanak perempuan dan lelaki mendapat pendidikan rendah dan menengah yang percuma, saksama dan berkualiti, yang akan membuahkan hasil pembelajaran yang relevan dan berkesan.