Kembali

KT2-P4 Nisbah Sekolah Rendah Kepada Penduduk

 

TEMA

KT2

KEMUDAHAN MASYARAKAT DAN REKREASI

KT2-P4

Nisbah Sekolah Rendah Kepada Penduduk

Definisi Penunjuk

Bilangan kemudahan sekolah rendah sedia ada dan telah beroperasi yang telah memberikan perkhidmatan pendidikan di peringkat sekolah rendah.

Penerangan / Justifikasi

Tahap Penyediaan kemudahan pendidikan merupakan salah satu indikator tahap pembangunan mampan negara ke arah pembentukan komuniti sejahtera. Perancangan kemudahan pendidikan (dari segi lokasi, bilangan dan saiz) adalah berdasarkan kepada bilangan penduduk (threshold population) di sesuatu kawasan. Ini adalah penting bagi memastikan keberkesanan dalam penyampaian perkhidmatan pendidikan yang cepat dan berkualiti. PLANMalaysia telah menyediakan Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat yang merangkumi kemudahan pendidikan. Berdasarkan GPP Kemudahan Masyarakat, perancangan kemudahan pendidikan bagi sekolah rendah adalah berdasarkan kepada jumlah penduduk iaitu 1:1,250 bagi memudahkan pengiraan dibuat.

Sumber Data

  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Peringkat Data

  • Pihak Berkuasa Tempatan

Butiran Data

Bilangan sekolah rendah  : Bilangan penduduk PBT

  1. Bilangan penduduk PBT
  2. Bilangan sekolah rendah

Formula

Piawaian

Skor

Sasaran Piawaian

 

KT2 – P4 = A ÷ B

Di mana:

Keperluan Klinik Kesihatan

A = Bilangan penduduk PBT

B = Bilangan sekolah rendah

 

Keperluan Sekolah Rendah

1: ≤ 7,500

 

1: 7,501 hingga 8,750

 

1: ≥ 8,751

 

 

3

 

2

 

1

 

Satu (1) sekolah rendah bagi 7,050 penduduk

SDG 4

PENDIDIKAN BERKUALITI

Sasaran SDG

MEMASTIKAN PENDIDIKAN BERKUALITI SECARA MENYELURUH DAN SAKSAMA SERTA MENGGALAKKAN PELUANG PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT UNTUK SEMUA

Sasaran 4.1

Menjelang 2030, memastikan semua kanak-kanak perempuan dan lelaki mendapat pendidikan rendah dan menengah yang percuma, saksama dan berkualiti, yang akan membuahkan hasil pembelajaran yang relevan dan berkesan.