Kembali

KT2-P2 Nisbah Bilangan Katil Hospital

 

TEMA

KT2

KEMUDAHAN MASYARAKAT DAN REKREASI

KT2-P2

Nisbah Bilangan Katil Hospital 

Definisi Penunjuk

Merujuk kepada nisbah penyediaan katil di hospital sedia ada dan telah beroperasi mengikut populasi penduduk dalam sesuatu Negeri di Malaysia.

Penerangan / Justifikasi

Tahap Penyediaan kemudahan kesihatan merupakan salah satu indikator tahap pembangunan mampan negara ke arah pembentukan komuniti sejahtera. Perancangan kemudahan hospital (dari segi lokasi, bilangan dan saiz) bagi tujuan rawatan kecemasan dan perkhidmatan kesihatan adalah berdasarkan kepada bilangan penduduk (threshold population) di sesuatu kawasan. Ini adalah penting bagi memastikan keberkesanan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan yang cepat dan berkualiti.

 

Fasiliti yang tidak mencukupi, ketidakpadanan sumber merentas pelbagai peringkat perkhidmatan dan pembiayaan penjagaan kesihatan yang tidak mampan telah menjejaskan penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan. Keadaan ini menjadi lebih mencabar semasa pandemik COVID-19. Kesesakan dan masa menunggu yang panjang bagi mendapat rawatan di hospital dan klinik awam terus menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan.

 

PLANMalaysia telah menyediakan Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat yang merangkumi kemudahan kesihatan.  Berdasarkan GPP Kemudahan Masyarakat , perancangan hospital adalah berdasarkan kepada anggaran nisbah keperluan katil kepada penduduk iaitu 1 katil bagi setiap 500 penduduk. Walau bagaimanapun, RMKe-12 telah menetapkan perlunya akses yang lebih baik kepada kemudahan rawatan kesihatan kesan daripada meningkatnya perkhidmatan penjagaan kesihatan. Nisbah katil hospital 2.06 bagi setiap 1,000 penduduk.

Sumber Data

  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Jabatan Kesihatan Negeri

Peringkat Data

  • Negeri

Butiran Data

Sasaran piawaian adalah nisbah bagi bilangan katil 2.06 bagi setiap 1,000 penduduk (2.06 : 1,000 penduduk)

  1. Bilangan katil hospital dalam negeri pada tahun kajian
  2. Jumlah penduduk negeri pada tahun kajian

Formula

Piawaian

Skor

Sasaran Piawaian

 

KT2 – P2 = (1,000 ÷ B) x A

 

Di mana:

A =  Bilangan katil hospital dalam negeri pada tahun kajian

B =  Jumlah penduduk negeri pada tahun kajian

 

≥ 2.06

 

1.04 - 2.05

 

≤ 1.03

 

3

 

2

 

1

Sasaran piawaian adalah nisbah bagi bilangan katil 2.06 bagi setiap 1,000 penduduk
(2.06 : 1,000 penduduk)

SDG 3

 KESIHATAN YANG BAIK DAN SEJAHTERA

Sasaran SDG

MEMASTIKAN KEHIDUPAN YANG SIHAT DAN MENGGALAKKAN KESEJAHTERAAN PADA SEMUA PERINGKAT UMUR

Sasaran 3.8

Memperluas perkhidmatan kesihatan sejagat, termasuk perlindungan risiko kewangan, akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang utama dan berkualiti serta akses kepada ubat dan vaksin penting yang selamat, berkesan, berkualiti dan berpatutan untuk semua.