KT4-P1 Nisbah Kes Jenayah Indeks Bagi Setiap 10,000 Penduduk
|
KT4 – P1 |
Nisbah Kes Jenayah Indeks Bagi Setiap 10,000 Penduduk |
||||||||||||||||
|
Definisi Penunjuk |
|||||||||||||||||
|
Peratus penurunan jumlah jenayah indeks pada tahun kajian berbanding jumlah jenayah indeks pada tahun sebelumnya. Jenayah indeks merangkumi:
|
|||||||||||||||||
|
Penerangan / Justifikasi |
|||||||||||||||||
|
Jenayah indeks berupaya mengancam keselamatan awam dan memberi persepsi kurang selamat kepada masyarakat. Pengurangan jenayah indeks akan menggambarkan keselamatan bagi sesebuah bandar dan meningkatkan persepsi rasa selamat di kalangan masyarakatnya.
Menurut PEMANDU (2015), dalam laporan Program Transformasi Kerajaan (GTP) Tahun 2013, memaparkan keberkesanan usaha pengurangan jenayah diukur oleh perubahan dalam Jenayah Indeks. Sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah adalah untuk mengurangkan Jenayah Indeks sebanyak 5% setiap tahun, yang telah berjaya dilepasi dengan ketara pada tahun 2014 selepas Jenayah Indeks menurun sebanyak 12.6% hasil usaha pencegahan jenayah kumulatif yang telah dilaksanakan sejak NKRA Mengurangkan Jenayah dilancarkan.
Berdasarkan kepada situasi jenayah indeks yang telah dilaporkan pada tahun 2017 hingga 2019, nisbah jenayah indeks bagi setiap 100,000 penduduk di Malaysia pada 2018 bertambah baik berkurangan kepada 273.8 berbanding 2017 (309.7). Nisbah jenayah indeks bagi setiap 100,000 penduduk di Malaysia bertambah baik pada 2019 iaitu 256.6 berbanding 273.5 pada 2018.
Sasaran RMKe-12 telah mensasarkan sebanyak 238 Kes Jenayah Indeks bagi Setiap 100,000 Penduduk. Bagi tujuan penilaian MURNInets, nisbah jenayah indeks akan dikira berdasarkan 10,000 penduduk. |
|||||||||||||||||
|
Sumber Data |
|||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||
|
Peringkat Data |
|||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||
|
Butiran Data |
|||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||
|
Formula |
Piawaian |
Skor |
Sasaran Piawaian |
|
KT4-P1 = (A ÷ B)×10,000 Di mana: A = Bilangan Jenayah Indeks pada tahun kajian. B = Jumlah Penduduk pada tahun kajian
|
≤ 24 kes
25 - 33 kes
≥ 34 kes |
3
2
1 |
≤ 24 kes bagi setiap 10,000 penduduk |
