Kembali

ST3-P2  Bilangan Inisiatif Pelaksanaan dan Pengurusan Alam Sekitar

 

ST3 – P2 

  Bilangan Inisiatif Pelaksanaan dan Pengurusan Alam Sekitar

Definisi Penunjuk

Inisiatif pelaksanaan pengurusan alam sekitar ini bermaksud apa-apa jua program/ aktiviti/ projek/ kajian yang menjurus kepada kesedaran dan pelaksanaan program ke arah pengurusan alam sekitar yang lebih baik.

Penerangan / Justifikasi

Inisiatif pelaksanaan yang dilaksanakan hendaklah menjurus kepada kesedaran dan penjagaan yang meliputi pelbagai aspek berkaitan alam sekitar. Contohnya kitar semula, inisiatif rendah karbon, kejiranan hijau, penyediaan laluan pejalan kaki dan basikal, kebersihan dan pengindahan sungai dan pantai, pemeliharaan warisan semula jadi dan lain-lain yang berkaitan.

 

Inisiatif pelaksanaan ini bolehlah dijalankan oleh PBT atau melalui kerjasama secara smart partnership dengan mana-mana pihak seperti Pejabat Daerah, Polis, Sekolah, Badan Berkanun, Organisasi Bukan Kerajaan dan Swasta bagi menggalakkan penduduk menjaga dan melindungi alam sekitar serta mengamalkan gaya hidup 'hijau' termasuk budaya kitar semula.

 

Bagi tujuan penilaian MURNInets, data yang diperlukan adalah bilangan program/ aktiviti/ projek/ kajian oleh PBT bersama pihak-pihak yang terlibat seperti yang dinyatakan di atas.

Sumber Data

  • Pihak Berkuasa Tempatan

Peringkat Data

  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Butiran Data

  1. Bilangan inisiatif pelaksanaan dan pengurusan alam sekitar pada tahun kajian.

Formula

Piawaian

Skor

Sasaran Piawaian

ST3 – P2 =  A

Di mana:

A = Bilangan inisiatif pelaksanaan dan pengurusan alam sekitar pada tahun kajian.

Dewan / Majlis Bandaraya

Majlis Perbandaran

Majlis Daerah

 

 

 

 

3

 

2

 

1

 

 

Bandaraya ≥ 50

Perbandaran ≥ 30

Daerah ≥ 10

 

≥ 50

 

25 – 49

 

≤ 24

 

≥ 30

 

15 – 29

 

≤ 14

 

≥ 10

 

5 – 9

 

≤ 4