ST3-P5 Peratus Aduan Kes Pencemaran Alam Sekitar Yang Selesai Siasatan
|
TEMA |
ST3 |
PENGURUSAN ALAM SEKITAR |
||||
|
ST3-P5 |
Peratus Aduan Kes Pencemaran Alam Sekitar Yang Selesai Siasatan |
|||||
|
Definisi |
||||||
|
Aduan kes kejadian pencemaran alam sekitar yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS 1974) terutama pencemaran udara dan pengurusan buangan terjadual diterima daripada pelbagai sumber.
Aduan kes pencemaran alam sekitar didefinisikan selesai apabila tindakan siasatan dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak yang diadu telah melaksanakan arahan-arahan JAS. |
||||||
|
Penerangan / Justifikasi |
||||||
|
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 menjelaskan pencemaran bermaksud apa-apa perubahan langsung atau tak langsung pada sifat-sifat fizikal, haba, kimia atau biologi dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan suatu keadaan yang merbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam, atau kepada hidupan haiwan dan tumbuhan.
JAS berperanan dalam mentadbir dan menguatkuasa Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi mencegah, mengawal pencemaran, dan mempertingkatkan kualiti alam sekitar dan undang-undang yang berkaitan dengannya. Aduan yang diterima hendaklah disiasat dalam tempoh 14 hari sebagaimana yang ditetapkan dalam Piagam Pelanggan JAS. |
||||||
|
Sumber Data |
||||||
|
||||||
|
Peringkat Data |
||||||
|
||||||
|
Butiran Data |
||||||
|
Peratus aduan kes pencemaran alam sekitar yang selesai siasatan.
|
||||||
|
Formula |
Piawaian |
Skor |
Sasaran Piawaian |
|||
|
ST3 – P5 = (A ÷ B) x 100 Di mana: A = Bilangan aduan kes pencemaran alam sekitar yang tertakluk di bawah AKAS 1974 yang diterima dan selesai siasatan pada tahun kajian. B = Bilangan aduan kes pencemaran alam sekitar yang tertakluk di bawah AKAS 1974 yang diterima pada tahun kajian. |
100% selesai siasatan bagi aduan kes pencemaran alam sekitar
80% - 99% selesai siasatan bagi aduan kes pencemaran alam sekitar
≤ 79% selesai siasatan bagi aduan kes pencemaran alam sekitar |
3
2
1
|
100% selesai siasatan bagi aduan kes pencemaran alam sekitar |
|||
|
SDG 11 |
BANDAR DAN KOMUNITI MAMPAN |
|||||
|
Sasaran SDG |
MENJADIKAN BANDAR DAN PENEMPATAN MANUSIA SEBAGAI MENYELURUH, SELAMAT, BERDAYA TAHAN DAN MAMPAN |
|||||
|
Sasaran 11.6 |
Menjelang 2030, mengurangkan kesan buruk bandar terhadap alam sekitar per kapita, termasuk memberikan tumpuan khusus pada kualiti udara, perbandaran dan pengurusan sisa lain. |
|||||
