Kembali

ST3-P4 Penyediaan Pelan Tindakan Berkaitan Mobiliti Rendah Karbon

TEMA

ST3

PENGURUSAN ALAM SEKITAR

ST3-P4

Penyediaan Pelan Tindakan Berkaitan Mobiliti Rendah Karbon

Definisi

Penyediaan pelan tindakan berkaitan mobiliti rendah karbon yang dilaksanakan termasuk di dalam mana-mana dokumen strategik PBT untuk menggalakkan penggunaan mobiliti rendah karbon atau mengurangkan pelepasan karbon atau tidak mendatangkan pencemaran udara, air atau bunyi. Contoh mobiliti rendah karbon adalah berjalan kaki, berbasikal, penggunaan mikromobiliti yang lain.

Penerangan / Justifikasi

Selaras dengan sasaran " Low Carbon Mobility Blueprint 2021-2030" yang telah disediakan oleh  Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan  Malaysian Green Technology And Climate Change Centre (MGTC)  iaitu untuk mengurangkan pelepasan 165 juta tan CO², dan menggalakkan penggunaan  pengangkutan rendah karbon seperti kenderaan elektrik dan selain mengurangkan kos bahan bakar sebanyak RM150 bilion  dalam tempoh masa 10 tahun.

 

Selain itu, PLANMalaysia turut menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Bandar Sihat Mesra Pejalan Kaki (Healthy Walkable City), dan Garis Panduan Perancangan Laluan Kenderaan Mikromobiliti yang telah menekankan penyediaan laluan mobiliti aktif yang mempunyai ketersambungan (connectivity) dan mengambil kira keperluan first mile and last mile untuk kegunaan semua orang dewasa, kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya. Oleh itu, adalah penting supaya semua pihak termasuklah PBT, agensi kerajaan, pihak swasta, NGOs, badan-badan sukarela, Institusi Pengajian Tinggi atau penduduk mengambil langkah bagi mengurangkan pelepasan karbon dengan mengadakan program berkaitan penggunaan mobiliti yang rendah karbon.

Sumber Data

  • Kementerian Pengangkutan Malaysia
  • Jabatan Kerajaan Tempatan
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Peringkat Penunjuk

  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Butiran Data

Penyediaan pelan tindakan khusus / RT / RKK yang berkaitan mobiliti rendah karbon dan laluan mobiliti aktif (laluan pejalan kaki dan laluan kenderaan mikromobiliti).

    A. Pelan tindakan khusus / RT / RKK yang berkaitan mobiliti rendah karbon dan laluan mobiliti aktif.

Formula

Piawaian

Skor

Sasaran Piawaian

 

ST3 – P4 = Pelan tindakan khusus / RT / RKK yang berkaitan dengan mobiliti rendah karbon dan laluan mobiliti aktif (laluan pejalan kaki dan laluan kenderaan mikromobiliti)

 

Di mana:

A = Pelan tindakan khusus / RT / RKK yang berkaitan mobiliti rendah karbon dan laluan mobiliti aktif (laluan pejalan kaki dan laluan kenderaan mikromobiliti)

 

  Pelan tindakan khusus mobiliti rendah karbon

 

  Pelan tindakan dalam mana-mana dokumen strategik PBT

 

  Tiada pelan tindakan

 

3

 

2

 

1

Ada pelan tindakan khusus mobiliti rendah karbon

SDG 11

 BANDAR DAN KOMUNITI MAMPAN

Sasaran SDG

MENJADIKAN BANDAR DAN PENEMPATAN MANUSIA SEBAGAI MENYELURUH, SELAMAT, BERDAYA TAHAN DAN MAMPAN

Sasaran 11.2

Menjelang 2030, menyediakan akses kepada sistem pengangkutan yang selamat, berpatutan, boleh dicapai dan mampan kepada semua, meningkatkan keselamatan jalan raya, terutamanya dengan memperluas kemudahan pengangkutan awam, dengan tumpuan khusus pada keperluan golongan berisiko, wanita, kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga emas.