ST2-P2 Ketersediaan Strategi Menyokong Ketahanan Bandar (SDG13)
|
TEMA |
ST2 |
PENGURUSAN RISIKO |
||||
|
ST2-P2 |
Ketersediaan Strategi Menyokong Ketahanan Bandar (Pelan Pengurusan Risiko Bencana dan Pelan Tindakan Rendah Karbon dan Perubahan iklim) |
|||||
|
Definisi |
||||||
|
Pelan Pengurusan Risiko Bencana diwujudkan sebagai panduan yang komprehensif dengan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlakunya kejadian bencana alam. Urban Resilient Plan merupakan pelan yang disediakan bagi meningkatkan keupayaan sesuatu sistem, masyarakat atau komuniti yang disokong oleh pentadbir sewaktu menghadapi bencana supaya dapat mencegah, menyelaras dan baik pulih kesan daripada bencana tersebut dalam tempoh waktu tertentu. Low Carbon Action Plan merupakan pelan yang disediakan untuk menggariskan perancangan, strategi dan langkah-langkah untuk mengurungkan karbon / green house gas emission dalam suatu tempoh yang ditetapkan, indikator / penunjuk ini akan mengukur ketersediaan Urban Resilient Plan (Disaster Risk Management) / Low Carbon Action Plan dalam RT / RKK. |
||||||
|
Penerangan / Justifikasi |
||||||
|
The Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030 telah diterima pakai oleh Negara Anggota PBB pada bulan Mac 2015 sebagai dasar global pengurangan risiko bencana. Salah satu sasarannya adalah: "Secara substansial meningkatkan jumlah negara yang melaksanakan strategi pengurangan risiko bencana di peringkat nasional dan tempatan menjelang 2020 ”. Sejajar dengan Kerangka Sendai untuk Pengurangan Risiko Bencana 2015-2030, strategi pengurangan risiko bencana dan dasar harus mengutamakan dan mengintegrasikan pengurangan risiko bencana di dalam dan di semua sektor, meliputi sasaran, petunjuk dan jangka masa. Ia bertujuan untuk mencegah risiko bencana, pengurangan risiko yang ada dan pengukuhan ketahanan ekonomi, sosial, kesihatan dan persekitaran. Meningkatkan jumlah PBT yang menerimapakai dan melaksanakan strategi pengurangan risiko bencana tempatan, akan menyumbang kepada pembangunan lestari dan mengukuhkan daya tahan ekonomi, sosial, kesihatan dan persekitaran. Ekonomi, persekitaran dan perspektif sosial merangkumi pembasmian kemiskinan, ketahanan bandar, dan penyesuaian perubahan iklim.
PLANMalaysia telah menyediakan Garis Panduan Perancangan Bandar Berdaya Tahan Bencana di Malaysia dan dalam penyediaan Draf GPP Bandar Rendah Karbon.
|
||||||
|
Sumber Data |
||||||
|
||||||
|
Peringkat Data |
||||||
|
||||||
|
Butiran Data |
||||||
|
Ketersediaan Urban Resilient Plan (Disaster Risk Management Plan) dan Pelan Tindakan Rendah Karbon (Low Carbon Action Plan) yang komprehensif pada tahun penilaian.
|
||||||
|
Formula |
Piawaian |
Skor |
Sasaran Piawaian |
|||
|
ST2 – P2 = Ketersediaan Strategi Menyokong Ketahanan Bandar.
Di mana: A = Pelan Pengurusan Risiko Bencana DAN Pelan Tindakan Rendah Karbon dan Perubahan Iklim
|
Mempunyai KEDUA-DUA Pelan: Pelan Pengurusan Risiko Bencana DAN Pelan Tindakan Rendah Karbon dan Perubahan Iklim : (dengan pengiraan pengurangan karbon) samada dalam bentuk laporan khusus atau diintegrasikan di dalam RT / RKK.
Mempunyai SALAH SATU Pelan Pelan: Pelan Pengurusan Risiko Bencana ATAU Pelan Tindakan Rendah Karbon dan Perubahan Iklim : (dengan pengiraan pengurangan karbon) samada dalam bentuk laporan khusus atau diintegrasikan di dalam RT / RKK.
TIADA langkah-langkah meningkatkan ketahanan bandar ATAU pengurangan pelepasan karbon di dalam RT / RKK. |
3
2
|
Mempunyai Pelan Pengurusan Risiko Bencana DAN Pelan Tindakan Rendah Karbon dan Pengurusan Iklim. |
|||
|
SDG 13 |
TINDAKAN MEMERANGI PERUBAHAN IKLIM |
|||||
|
Sasaran SDG |
MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA UNTUK MENANGANI PERUBAHAN IKLIM DAN KESANNYA |
|||||
|
Sasaran 13.2 |
Menyepadukan ukuran perubahan iklim ke dalam dasar, strategi dan perancangan negara. |
|||||
