Kembali

ST1-P2 Status Kualiti Udara Persekitaran

ST1 – P2 

 Status Kualiti Udara Persekitaran

Definisi Penunjuk

Status kualiti udara di Malaysia ditunjukkan menerusi bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU). IPU adalah merupakan penunjuk bagi status kualiti udara di lokasi strategik iaitu kawasan bandar, pinggir bandar dan perindustrian bertujuan untuk mengesan sebarang perubahan ketara ke atas kualiti udara yang mungkin memberi kesan kepada kesihatan awam dan alam sekitar. IPU adalah dikira berdasarkan kepekatan enam bahan pencemar utama iaitu ozon di permukaan bumi (O3), karbon monoksida (CO), nitrogen dioksida (NO2), sulfur dioksida (SO2), habuk halus bersaiz kurang dari 10 mikron (PM10) dan habuk halus bersaiz kurang dari 2.5 mikron (PM2.5).

Penerangan / Justifikasi

Indeks Pencemar Udara (IPU) adalah dikira berdasarkan kepekatan enam (6) pencemar utama iaitu habuk halus bersaiz kurang dari  10 mikron (PM10), sulfur dioksida (SO2), karbon monoksida (CO), nitrogen dioksida (NO2) dan ozon di permukaan bumi (O3) dan habuk halus bersaiz kurang dari  2.5 mikron (PM2.5). IPU ini dikategorikan sebagai baik, sederhana, tidak sihat, sangat tidak sihat dan berbahaya seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah. Kepekatan bagi 6 pencemar udara ini diukur secara berterusan 24 jam sehari melalui rangkaian 65 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh Malaysia. Semakin tinggi peratus hari yang menunjukkan bacaan IPU yang ‘baik’ di sesuatu kawasan, maka semakin mampan kualiti udara di kawasan tersebut.

 

 Jadual Indeks Pencemar Udara (IPU)

Indeks Pencemar Udara (IPU)

Status Kualiti Udara

0-50

Baik

51-100

Sederhana

101-200

Tidak Sihat

201-300

Sangat Tidak Sihat

> 301

Berbahaya

Sumber : Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Sumber Data

  • Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Peringkat Data

  • Negeri

Butiran Data

A.   Bilangan hari direkodkan berstatus ‘Baik’ dan ‘Sederhana’ yang diukur mengikut Indeks Pencemar Udara di kawasan kajian pada tahun kajian.

 

Formula

Piawaian

Skor

Sasaran Piawaian

ST1 – P2 = (A÷365)×100

Di mana:

A =   Bilangan hari direkodkan berstatus ‘Baik’ dan ‘Sederhana’ yang diukur mengikut Indeks Pencemar Udara di kawasan kajian pada tahun kajian.

365: Adalah merujuk bilangan hari dalam setahun.

 

≥ 80% hari baik & sederhana

 

60%-79% hari baik & sederhana

 

≤ 59% hari baik & sederhana

3

 

2

 

1

 

≥ 80% hari baik