Kembali

ST1-P1 Status Kualiti Air Sungai (Stesen)

ST1 – P1 

 Status Kualiti Air Sungai (Stesen)

Definisi Penunjuk

Indeks Kualiti Air Sungai (WQI) ini adalah standard yang diguna pakai untuk menentukan status kualiti air sungai yang ditentukan melalui pengujian makmal ke atas sampel air sungai secara berkala daripada Jabatan Alam Sekitar.

Penerangan / Justifikasi

 

Air sungai yang bersih dapat menyumbang kepada kualiti alam sekitar yang tinggi. Sebanyak 97% sumber bekalan air di Malaysia adalah dari sungai. Oleh itu, sungai perlu dipelihara dengan mengambil tindakan awal bagi mencegah pencemaran dan memastikan kualiti air di tahap bersih. Penunjuk ini hanya mengambil kira data semasa dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang hanya melibatkan sungai-sungai yang mempunyai stesen pengawasan kualiti air sahaja.

 

Indeks Kualiti Air Sungai (WQI) diukur berdasarkan Parameter Keperluan Oksigen Biokimia (BOD), Keperluan Oksigen Kimia (COD), pH, Oksigen Terlarut (DO), Pepejal Terampai (SS) dan Ammoniakal Nitrogen (NH3-N).

 

Pengukuran status kualiti air sungai ini dilakukan di beberapa rangkaian stesen pengawasan kualiti air sungai oleh JAS yang ditempatkan di seluruh negara. Data diberi berdasarkan bacaan di stesen kajian atau di stesen yang terhampir setiap hari.

 

Jadual 1 : Kelas Air dan Kegunaan

KELAS

KEGUNAAN

I

  • Pemuliharaan alam semulajadi.
  • Bekalan Air I - Tiada rawatan diperlukan.
  • Perikanan I - Spesies akuatik yang sangat sensitif.

IIA

  • Bekalan Air II - Rawatan konvensional diperlukan.
  • Perikanan II - Spesies akuatik yang sensitif.

IIB

Bagi tujuan rekreasi

III

  • Bekalan Air III - Rawatan insentif diperlukan.
  • Perikanan III - Biasa, nilai ekonomi dan spesies toleran serta minuman ternakan

IV

Hanya untuk tujuan pengairan

V

Tiada satu pun di atas.

Sumber : Jabatan Alam Sekitar (JAS)

 

 

Jadual 2 : Klasifikasi Kualiti Air Berdasarkan Indeks Kualiti Air

Sub Indeks Dan Indeks Kualiti Air

Indeks

Bersih

Sederhana Tercemar

Tercemar

Oksigen Biokimia
[(
Biochemical Oxygen Demand (BOD)]

91 - 100

80 - 90

0 - 79

Ammoniakal Nitrogen
[(
Ammoniacal Nitrogen (NH3-N)]

92 - 100

71 - 91

0 - 70

Pepejal Terampai
[(
Suspended Solids (SS)]

76 - 100

70 - 75

0 - 69

Indeks Kualiti Air (WQI)

81 - 100

60 - 80

0 - 59

Sumber : Jabatan Alam Sekitar (JAS)

 

Jadual 3 : Klasifikasi Indeks Kualiti Air

Parameter

Unit

Kelas

I

II

III

IV

V

Ammoniakal Nitrogen [(Ammoniacal Nitrogen (NH3-N)]

mg/l

< 0.1

0.1 – 0.3

0.3 – 0.9

0.9 – 2.7

> 2.7

Oksigen Biokimia [(Biochemical Oxygen Demand (BOD)]

mg/l

< 1

1 – 3

3 – 6

6 – 12

> 12

Oksigen Kimia [(Chemical Oxygen Demand (COD)]

mg/l

< 10

10 – 25

25 – 50

50 – 100

> 100

Dissolved Oxygen (DO)

mg/l

> 7

5 – 7

3 – 5

1 – 3

< 1

pH

-

> 7.0

6.0 – 7.0

5.0 – 6.0

< 5.0

> 5.0

Total Suspended Solid

mg/l

< 25

25 – 50

50 – 150

150 – 300

> 300

Indeks Kualiti Air (WQI)

> 92.7

76.5 – 92.7

51.9 – 76.5

31.0 – 51.9

< 31.0

Sumber : Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Sumber Data

  • Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Peringkat Data

  • Negeri

Butiran Data

A.   Bilangan stesen pengawasan kualiti air sungai yang tercemar.
        Nota:- Kategori IKA: Tercemar/Polluted (T/P)

B.   Bilangan stesen pengawasan kualiti air sungai.

 

Formula

Piawaian

Skor

Sasaran Piawaian

ST1 – P1 = (A÷B)×100

Di mana:

A =   Bilangan stesen pengawasan kualiti air sungai yang tercemar

B =    Bilangan stesen pengawasan kualiti air sungai.

≤ 10%

 

11% - 49%

 

≥ 50%

3

 

2

 

1

≤ 10% (peratusan stesen pengawasan kualiti air sungai yang tercemar)