ST2-P1 Bilangan Inisiatif Pelaksanaan dan Pengurusan Risiko Bencana
|
ST2 – P1 |
Bilangan Inisiatif Pelaksanaan dan Pengurusan Risiko Bencana |
|
Definisi Penunjuk |
|
|
Inisiatif pelaksanaan dan pengurusan risiko bencana bermaksud apa-apa jua program/ aktiviti/ projek/ kajian/ penyediaan tempat mangsa bencana yang dilaksanakan bagi tujuan tindakan penyelesaian, pencegahan dan pengawalan dalam menangani risiko bencana dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. |
|
|
Penerangan / Justifikasi |
|
|
PBT bersama-sama dengan Pihak Swasta, NGO, Badan-badan Sukarela, Institusi Pengajian Tinggi dalam melaksanakan program dan strategi Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) yang merangkumi aktiviti seperti kursus, penyertaan awam dan latih-amal bencana (disaster drill).
Ini bertujuan untuk memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan masyarakat menghadapi situasi bencana supaya risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda dapat dikurangkan. Program CEPA merupakan salah satu elemen dalam membentuk sistem amaran awal bencana kepada penduduk tempatan dan orang ramai termasuk penyediaan kemudahan awam yang digunakan sebagai pusat pengumpulan mangsa bencana.
Di samping itu, kefahaman orang ramai terhadap pemakaian pelan pembangunan dan pengurusan risiko bencana (Rancangan Tempatan, Peta Risiko Bencana, Peta Kerentanan Bencana, Peta Kesesuaian Pembangunan) perlu dipertingkatkan supaya orang ramai, pemaju dan agensi kerajaan dapat menghindarkan pembangunan di kawasan yang terancam dengan risiko bencana dapat dielakkan. Langkah mitigasi bencana boleh dilakukan berdasarkan bentuk pembangunan yang hendak dirancang.
Bagi tujuan penilaian MURNInets, data yang diperlukan adalah bilangan Program/ aktiviti/ projek/ kajian yang dianjurkan oleh PBT BERSAMA pihak-pihak yang terlibat seperti yang dinyatakan di atas. |
|
|
Sumber Data |
|
|
|
|
Peringkat Data |
|
|
|
|
Butiran Data |
|
|
A. Bilangan inisiatif pelaksanaan dan pengurusan risiko bencana pada tahun kajian. |
|
|
Formula |
Piawaian |
Skor |
Sasaran Piawaian |
|
ST2 – P1 = A Di mana: A = Bilangan inisiatif pelaksanaan dan pengurusan risiko bencana pada tahun kajian. |
≥ 5 (amat memuaskan)
2 - 4 (memuaskan)
1 (kurang memuaskan) |
3
2 1 |
≥ 5 Inisiatif pelaksanaan dan pengurusan |
