ET1-P1 Kadar Pertumbuhan Tenaga Buruh Negeri
|
ET1 – P1 |
Kadar Pertumbuhan Tenaga Buruh Negeri |
|||
|
Definisi Penunjuk |
||||
|
Kadar pertumbuhan tenaga buruh dirujuk sebagai kadar perubahan bilangan tenaga buruh pada tahun kajian berbanding dengan bilangan tenaga buruh pada tahun sebelum kajian bagi peringkat negeri atau wilayah persekutuan. |
||||
|
Penerangan / Justifikasi |
||||
|
Tenaga buruh (labour force) adalah berbeza dengan jumlah penduduk. Di Malaysia, tenaga buruh dikategorikan sebagai penduduk yang berumur 15-64 tahun kecuali pelajar sekolah, mahasiswa dan suri rumah.
Pasaran buruh dijangka terus menggalakkan. Lebih banyak peluang pekerjaan akan diwujudkan untuk penduduk tempatan. Ini akan didorong oleh peningkatan produktiviti, penggunaan lebih banyak tenaga kerja laten (tenaga kerja yang berpotensi, tidak termasuk dalam pasaran kerja semasa seperti warga tua, suri rumah dan orang kurang upaya) dan peningkatan kadar penyertaan tenaga buruh wanita. Keadaan ekonomi dijangka kembali berada pada tahap guna tenaga penuh dengan kadar pengangguran sebanyak 4% pada tahun 2025. Guna tenaga dijangka meningkat dengan sederhana pada kadar 1.4% setahun, bagi mencapai 16.2 juta pada tahun 2025.
Sumber : Rancangan Malaysia Keduabelas, 2021-2025. |
||||
|
Sumber Data |
||||
|
||||
|
Peringkat Data |
||||
|
Negeri |
||||
|
Butiran Data |
||||
|
||||
|
Formula |
Piawaian |
Skor |
Sasaran Piawaian |
|
|
ET1 – P1 = 1/n log (A÷B)×100 Di mana: A = Jumlah tenaga buruh yang berumur B = Jumlah tenaga buruh yang berumur
n = Sela masa tahun kajian dan tahun sebelum kajian. |
≥ 1.4%
1.0% - 1.3% (Sederhana)
≤ 1.0% |
3
2
|
≥ 1.4% |
|
