ET2-P1 Kadar Kemiskinan
|
ET2 – P1 |
Kadar Kemiskinan |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Definisi Penunjuk |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Peratus penduduk yang mempunyai pendapatan kurang daripada garis kemiskinan Malaysia. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Penerangan / Justifikasi |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kadar kemiskinan merupakan salah satu ciri terpenting bagi menunjukkan tahap kemunduran penduduk di sesuatu kawasan. Pengukuran garis kemiskinan dan pemantauan trend kadar kemiskinan merupakan maklumat berguna kepada pembuat keputusan untuk merancang dan melaksanakan strategi bagi menangani masalah-masalah berkaitan pembangunan manusia seperti pendidikan, kesihatan, peluang-peluang pekerjaan dan lain-lain pengukuran. Kadar kemiskinan diukur menggunakan garis kemiskinan tertentu untuk menggambarkan keadaan ekonomi dan sosial sesuatu tempat.
Insiden kemiskinan masih tinggi, manakala agihan pendapatan masih tidak sama rata. Pada tahun 2019, insiden kemiskinan mutlak di Sabah adalah 19.5% dan di Sarawak 9%, melebihi kadar kemiskinan nasional iaitu 5.6%. Kebanyakan isi rumah miskin ini adalah dalam kalangan Anak Negeri Sabah dan Bumiputera Sarawak. Tahap sosioekonomi kumpulan ini adalah ketinggalan dari segi pendidikan serta kemahiran teknikal dan keusahawanan yang mengehadkan akses kepada peluang pekerjaan. RMK-12 telah menetapkan insiden kemiskinan yang lebih rendah daripada 5.6% pada 2019 kepada 3.7% pada 2025.
PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN MENGIKUT NEGERI,
Sumber : Laporan Kemiskinan Malaysia 2022 (Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Julai 2023) Bagi tujuan penilaian MURNInets, data yang diperlukan adalah DATA MISKIN dan DATA MISKIN TEGAR, data isi rumah bandar dan luar bandar yang merangkumi semua bilangan Ahli Isi Rumah (AIR) TERMASUK data Ketua Isi Rumah (KIR). |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Sumber Data |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Peringkat Data |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Negeri |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Butiran Data |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
A. Jumlah penduduk miskin di kawasan kajian pada tahun kajian Nota: Data (B) – Dijana secara automatik dalam Gerbang MURNInets. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Formula |
Piawaian |
Skor |
Sasaran Piawaian |
|
ET2 – P1 = (A÷B)×100 Di mana: A = Jumlah penduduk miskin di kawasan kajian pada tahun kajian. B = Jumlah penduduk di kawasan kajian pada tahun kajian. |
≤ 3.7% (Rendah)
3.8% – 5.5% (Sederhana) ≥ 5.6% (Tinggi) |
3
2 1 |
≤ 3.7% |
